spread the love :)

Friday, December 21, 2012

konklusi


saya suka begini. bergelumang dengan yang saya cinta. o, buku pastinya (:

alexander atau zulqarnanin si raja. kisah cleopatra yang penuh kontroversi atau tutankhamun yang tinggi populariti. harun yahya. kisah kisah nabi sehinggalah berdirinya aku, kita, di sini. kisah si gadis manis yang menunggu pria-nya di tepi tasik. heh. bukankah indah dan bahagia?

dan jemputan ukhwah dari ukhti di mesir, juga dunia baru dalam mengenal kedewasaan. yang sangat memeningkan (atau aku sahaja?) . memerlukan selidikan, dan penilaian peribadi pastinya. dewasa :)

tv o, tv. sudah ada piring hitam. filem, raja lawak, dan hei, aku sudah mula kenal si david moses atau luis atau oscar atau lampard atau torres dan errr... haha. aku adik abang si peminat chelsea ;)

konklusi yang tak akan pernah menghentikan yang mencari. dan bagaimana aku menyedari akan satu keinginan yang amat. menterjemah walau sekelumit dengan cliche yang indah. payah. mujur ada sifu dan ummu anas.

kadang. bukan, selalu, ya selalu aku teringat tawa kami di permata hati. ceria yang sangat kami rindui.  yaya yang memahami, dan o, telefonnya cecah kari. gelak kak echah, dari common ke floor atas, memang pecah tanpa dipaksa. kak syiera yang comel dan caring. jieha yang tegas dalam manis. beah si bebear. iera yang manja dan kuat rajuknya. arie si teman sebelah katil yang penyayang. dan aku, memenuhi kuota lapan di permata hati. yang menjadi perindu mereka. boleh minta satu malam yang bahagia di permata? bolehkah?

masih mencari konklusi. belajar. konklusi. takkan pernah berhenti. dewasa, bukan?


No comments:

Post a Comment